Pelawak British, Russell Brand dilaporkan sudah berpindah ke rumah baru di Los Angeles, selang beberapa minggu selepas bercerai dengan penyanyi Katy Perry.
Brand memfailkan perceraian dengan bintang pop itu pada 30 Disember 2010. Pasangan itu berkahwin pada 23 Oktober 2010 di India.
Menurut sumber, beberapa buah van dilihat berada di depan kediaman mewah pasangan itu di Hollywood Hills yang dipercayai untuk memindahkan barang-barang pelawak berkenaan.
Laman web Contactmusic.com memetik laporan berkata Brand pulang ke Amerika Syarikat buat pertama kalinya selepas perceraian itu dan dilihat menuju ke rumah barunya yang terletak di kawasan bandar.
Susulan perceraian tersebut, ibu bapa Perry difahamkan ingin menjodohkan penyanyi yang popular dengan lagu The One That Got Away itu dengan bintang bola keranjang NFL, Tim Tebow.
Leave a respond
Post a Comment