Wow!!! Blog Hiburan Heret Apex Ke Kancah Kontroversi??


Apex Kecam Blog Hiburan Heretnya Ke Kancah Kontroversi

Penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, mengecam beberapa blog hiburan terkenal yang menurutnya sering mendedahkan soal peribadi beliau sehingga mencetus kontroversi buruk terhadapnya.
Apex yang dihubungi Mynewshub.my semalam berkata, blog-blog hiburan itu sanggup menjaja maruah dirinya di khalayak ramai sehingga timbul fitnah dan spekulasi buruk yang mengakibatkan beliau serta keluarganya tertekan dan dipandang serong oleh segelintir peminat.

“Cuba bayangkan sekiranya maruah diorang (pemilik –pemilik blog hiburan) dijaja satu dunia, patut ke tak patut? Kalau apa yang diceritakan tu betul takpe jugak..tapi banyak yang tak betul dari betul.
“Saya kalau dengan blog-blog ni ‘allergic’ sikit…memang pantang dengar..contohnya kalau dengar bunyi nama Nara je, terus saya takde mood.
“Diorang tu pun tak pernah jumpa saya, tapi nak cerita pasal saya..mereka tu pernah jumpa saya ke?,” katanya merujuk kepada blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.
Beberapa blog hiburan terkenal sebelum ini sering mendedahkan tentang kehidupan peribadi Apex di blog masing-masing sejak kisah putus tunangnya dengan Elia (blogger jejariruncing) mendapat liputan.

Kemudian dikejutkan pula dengan kisah kononnya beliaumenjalin hubungan cinta dengan Dahlia Teck menerusi gambar-gambar mesra bercuti bersama dan sambutan harijadi Dahlia bersama gadis-gadis seksi di mana Apex dituduh minum arak hanya berasaskan kepada sebotol arak di atas meja di dalan gambar tersebut.
Apex kemudiannya menafikan dakwaan itu dan beberapa individu tampil menyokong penafian tersebut sekaligus membuktikan penjaga gol skuad negara itu difitnah.
Akibatnya, Apex serik untuk memberi kerjasama dengan media berhubung kehidupan peribadinya dan hanya lebih selesa sekiranya bercakap mengenai soal karier bola sepaknya sahaja untuk dikongsi bersama para peminat.

Beliau yang kesal dengan apa yang berlaku berpendapat adalah tidak wajar untuk para pemilik blog tersebut menceritakan soal peribadinya memandangkan ia melibatkan maruah diri dan keluarganya serta mengaibkan mereka.
“Patut ke keaiban seseorang tu didedahkan dikhalayak ramai?,” ujarnya mempersoalkan tindakan blog-blog hiburan itu lagi.

Terbaru, video rakaman sambutan “surprise birthday party” Apex yang dianjurkan Dahlia yang dimuat turun ke laman Youtube telah ditarik balik oleh Hazremi dari Imoments Videography yang dipercayai juruvideo bagi majlis tersebut –

Leave a respond

Post a Comment