Wow!! Biar Benar Jennifer Mengandung?? Anak Siapalah Tu..

Jennifer Aniston.

SELEPAS kecoh dikhabarkan sedang hamil enam bulan, pelakon Jennifer Aniston akhirnya muncul menafikan berita tersebut dan menganggap berita tersebut sebagai lucu.
Tabloid melaporkan, dia yang sedang menjalinkan hubungan dengan Justin Theroux muncul di khalayak dengan perut yang rata dan tubuh langsing.

Isu kehamilan Jennifer kecoh apabila wanita berusia 42 tahun itu memberitahu ingin berehat seketika daripada kerjaya lakonannya dan ingin menghabiskan masa bersama kekasihnya.

Khabar kehamilan itu juga sebelum ini diperkuatkan lagi apabila sumber terdekat bekas pelakon siri Friends itu memberitahu perut Jennifer kelihatan buncit dan dia mengalami simptom-simpton wanita hamil.

Leave a respond

Post a Comment