Datuk Michelle Yeoh Naik Pangkat Lagi dan Lagi...

 Datuk Michelle Yeoh Naik Pangkat
Datuk Michelle Yeoh dinaikkan pangkat kepada Officer dalam darjah kebesaran Legion of Honour melalui dekri Presiden Republik Perancis, Nicolas Sarkozy pada 27 Disember tahun lalu.
Kedutaan Perancis di Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, kenaikan pangkat tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Michelle di dalam pertukaran seni dan budaya Asia-Eropah.

“Legion of Honour merupakan penghormatan tertinggi Perancis. Order yang terdiri daripada lima pangkat berbeza dianugerahkan kepada lelaki dan wanita, warganegara Perancis mahupun asing untuk perkhidmatan cemerlang mereka kepada Perancis dan juga prinsip-prinsip yang disokong oleh negara tersebut.,” kata kenyataan itu hari ini.
Kata kenyataan itu, Michelle sebelum ini pernah dianugerahkan pangkat Chevalier peringkat pertama di dalam Order pada tahun 2007.

Menurut kenyataan itu, selebriti kelahiran Malaysia tersebut telah banyak membintangi hasil karya antarabangsa, termasuk filem terbarunya sebagai Daw Aung San Suu Kyi di dalam “Lady”, arahan sutradara Perancis Luc Besson, pada tahun 2011.
Pada tahun 2009 Michelle telah menerima penghormatan rasmi daripada Presiden Festival Filem Cannes di atas sokongan padu beliau kepada industri perfileman Perancis dan Festival Filem Cannes, kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, Michelle juga terlibat di dalam banyak organisasi kebajikan seperti Institute for Cerebral and Medullary Disorders (ICM – Paris)  sebagai duta.
Di samping itu, kata kenyataan itu, Michelle juga aktif di dalam kempen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk keselamatan jalan raya sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya Sedunia bertujuan untuk mendidik pengguna jalan raya di kalangan belia dan juga pihak-pihak berkuasa kebangsaan agar bekerjasama untuk mengurangkan jumlah besar kematian akibat kemalangan di seluruh dunia

Leave a respond

Post a Comment