Whitney Houston Mati Kerana Guna Dadah Berlebihan??



Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu “The Greatest Love Of All” ini ditemui mati di biliknya di dalam sebuah hotel. Punca kematian masih disiasat. Benarkah ??

Selain daripada menjual jutaan album nyanyian, Whitney Houston juga sangat popular dengan filem The Bodyguard. Malah pengaruh Whitney Houston juga begitu kuat kepada penyanyi seperti Mariah Carey dan Christina Aquilera.

Namun begitu, hidup Whitney Houston dipengaruhi dengan kokain, marijuana dan juga pil-pil. Akibatnya, kadang-kala Whitney Houston gagal mencapai suara tinggi seperti di dalam album nyanyiannya ketika membuat persembahan.

Leave a respond

Post a Comment